Butik Pakaian Muslimah ini memiliki pekerja seramai 25 orang dan terletak di bandar Tanah Merah dan memulakan perniagaan dengan modal asas sebanyak Rm20,000. Butik Pakaian Muslimah secara rasmi ditubuhkan pada April 2010 setelah sekian lama menjadi pengedar berbagai jenama pakaian muslimah yang sedia ada di pasaran. Butik Pakaian Muslimah kini beroperasi di Bandar Tanah Merah. Kami merupakan pembekal pelbagai t-shirt Muslimah berjenama.
Kami berharap agar perniagaan ini akan membawa kita semua ke syurga Allah menerusi pintu ini berdasarkan niat dan usaha untuk mengajak manusia berpakaian yang dibenarkan oleh syariat.
Kami menyakini pasaran kita masih luas dan masih memerlukan kepelbagaian yang boleh memenuhi citra wanita hari ini. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi dan dicabar dengan kebanjiran pakaian barat yang tidak kurang telah merubah budaya kita serta mengundang pelbagai gejala sosial di dalam masyarakat kita, Butik Pakaian Muslimah terpanggil untuk menawarkan kelainan dari segi rekaan yang boleh memenuhi citra wanita hari ini dengan harga yang kompetitif.